Perak Hari Ini

Dua Keluarga Di Beruas Terima Bantuan TNB

PERAKTODAY

Sejumlah RM20,000 diperuntukkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak untuk membaikpulih dua buah rumah milik keluarga yang berpendapatan rendah di sekitar Beruas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Datuk Abdul Manaf Hashim berkata, keprihatinan pihak TNB dalam membantu golongan miskin tanpa mengira kaum, bangsa serta membuktikan komitmen mereka selaras dengan Gagasan 1Malaysia.

“Kita tidak tahu kesukaran yang dialami masyarakat, jadi dengan adanya bantuan TNB, ia dapat mengurangkan beban mereka,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Mesra Rakyat TNB Peringkat Negeri Perak di Beruas, hari ini.

Abdul Manaf berharap program sebegini akan turus dijalankan pada masa akan datang supaya nasib golongan kurang berkemampuan dibela.

Turut hadir, Pengurus Besar Bahagian Pembahagian TNB Perak, Wan Kamizi Wan Ishak.

Sementara itu, Wan Kamizi berkata, projek ini merupakan program di bawah tanggungjawab sosial korporat TNB yang mula dilancarkan sejak tahun lalu.

“Program yang berbentuk kemasyarakatan ini memberi lembaran baru kepada dua buah keluarga, iaitu Leor Yuen Sin dan Ganesan a/l Samuggam yang mengidamkan kehidupan yang lebih selesa.

“Sehingga kini, sejumlah RM270,000 diperuntukkan pihak kami dalam membaik pulih 27 buah rumah di bawah projek mesra rakyat di seluruh Semenanjung Malaysia,” jelasnya.

Tambah beliau, program membaikpulih rumah ini tertumpu kepada pemilik yang berbangsa Cina dan India di mana nisbahnya adalah 14:13.

“Bagi negeri Perak, empat buah rumah telah terlibat dalam program ini yang membabitkan beberapa keluarga dari daerah Beruas dan Pulau Pangkor,” katanya.

Sementara itu, Yuen Sin dan Ganesan ketika ditemui Peraktoday.com melahirkan rasa gembira dan terharu di atas bantuan yang dihulurkan oleh pihak TNB.

“Saya keluarga sangat gembira kerana terpilih menerima bantuan ini dan diharapkan program baikpulih rumah yang dikelolakan TNB ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” kata Lim yang juga merupakan pekerja kilang papan.

Bagi Ganesan pula,  masalah bumbung bocor yang dihadapi kini sudah berakhir selepas mendapat bantuan baikpulih daripada pihak TNB.

“Dengan bantuan TNB, saya keluarga kini dapat mendiami rumah yang lebih selesa berbanding sebelum ini,” katanya yang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada agensi berkenaan di atas bantuan yang dihulurkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");