Perak Hari Ini

FAMA Bekal 4 Juta Kelapa Sempena Ramadhan, Aidilfitri

PERAKTODAY1-pt

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menyediakan sebanyak empat juta biji kelapa untuk menampung permintaan sepanjang Ramadhan dan Aidilfitri, tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak, berkata pihaknya akan memastikan bekalan kelapa sentiasa mencukupi sepanjang tempoh berkenaan.

“FAMA sudah mengambil tindakan dengan meningkatkan produktiviti pengeluaran buah kelapa serta menambah bekalan keperluan lain yang sememangnya menjadi pilihan pengguna,” katanya sambil menegaskan bekalan akan ditambah sekiranya terdapat kekurangan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Bekalan Hasil Ladang Terus ke Pasar Tani (KUKUH) antara peserta pasar tani dengan peserta ladang kontrak di Pasar Tani Kampung Simee, dekat Ipoh, hari ini.

Melalui perjanjian itu, setiap peserta kata Ahmad, diberi geran berjumlah RM5,000 pada kadar nisbah 1:5 iaitu seorang pembekal bersamaan dengan lima peserta.

“Peserta dan pembekal saling berkait rapat dan mereka akan sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan bekalan keperluan di peringkat ladang dengan harga yang berpatutan.

“Jika peruntukan yang diberikan tidak mencukupi, kami juga bekerjasama dengan pihak TEKUN untuk membantu peserta menambah lagi pinjaman dalam usaha meningkatkan jualan agar segar dan berkualiti,” jelas Ahmad lagi.

Katanya, sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan di bawah program ini yang menyasarkan 500 peserta dari seluruh negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");