Sukan Hari Ini

Final Piala FA: Fandi silap strategi?

PERCUBAAN pertama Johor Darul Takzim (JDT) meraih trofi Piala FA menemui kegagalan apabila tunduk 0-1 kepada juara bertahan, Kelantan pada aksi final di Bukit Jalil, kelmarin.

Di sebalik kekalahan itu, ada suara sumbang mengaitkan ia berpunca daripada kesilapan taktikal Fandi pada separuh masa pertama.

Beliau mengeluarkan Safee Sali seawal minit ke-18 untuk digantikan dengan penyerang Argentina Lionel Nunez.

Ketika perlawanan menuju ke penghujung babak pertama, beliau mengeluarkan pula pemain tengah Andrezinho.

Malah, kehadiran Safiq Rahim dikatakan kurang memberi impak dan khidmatnya tidak diperlukan pada babak kedua.

Bagaimanapun, pada sidang media selepas perlawanan ditamatkan, Penolong jurulatih JDT, Ismail Ibrahim menjelaskan pertukaran tersebut dibuat kerana ketiga-tiga pemain itu mengalami kecederaan.

“Tidak dinafikan kehilangan tiga pemain tersebut (Safee dan Andre mengalami kecederaan pangkal paha, manakala Safiq kecederaan di buku lali) jelas telah melumpuhkan gerakan tengah.

“Dan itu telah diambil kesempatan oleh Kelantan untuk menguasai perlawanan,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");