Perak Hari Ini

Golongan Fakir Miskin, Anak Yatim Di Lekir Tidak Dilupakan

PERAK TODAY 5Nasib golongan fakir miskin dan anak yatim di negeri ini tidak pernah diabaikan apatah lagi menjelang perayaan Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi.

Tidak ketinggalan, 247 fakir miskin dan 118 anak yatim dari zon Lekir, dekat Sitiawan menerima sumbangan Hari Raya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Rashidi Ibrahim yang mewakili Menteri Besar Perak merangkap Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, petang Isnin.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah penerima yang membawa pulang kotak makanan sumbangan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan duit raya, sekaligus menceriakan lagi sambutan Hari Raya tahun ini.

Sementara itu, Rashidi berkata, penerima bantuan itu mewakili golongan fakir miskin dan anak yatim dari 12 cawangan UMNO di peringkat Bahagian Lumut.

“Hasil perancangan yang dilaksanakan kerajaan negeri dan Pusat, rakyat menikmati arus pembangunan dan mereka yang tidak berkemampuan juga tidak pernah dilupakan.

“Saban tahun, kerajaan negeri dan para pemimpin menyalurkan bantuan wang tunai serta barang keperluan asas seperti beras, gula dan tepung kepada warga miskin sebagai persediaan menjalani ibadah puasa serta menyambut kehadiran 1 Syawal tidak lama lagi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");