Jenayah

GRO Vietnam sanggup sembunyi bawah meja

SITIAWAN: Taktik pelanggan sebuah restoran di sini menyorokkan gadis pelayan pelanggan (GRO) di bawah meja tidak berjaya apabila sepasukan polis dari Bahagian Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak berjaya menghidu taktik berkenaan.

Pegawai Turus D7 IPK Perak, Deputi Superintendan Hasbullah Ali berkata, serbuan yang dibuat di sebuah restoran di dalam sebuah ladang kelapa sawit itu berjaya menahan seramai 27 wanita Vietnam berumur 18 hingga 30 tahun dipercayai dijadikan sebagai GRO.

Menurutnya, ketika serbuan dibuat, GRO berkenaan asyik melayan pelanggan dan tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Apabila mereka menyedari kehadiran kami, GRO berkenaan terus melarikan diri dan ada sebilangannya cuba disembunyikan di bawah meja namun kami berjaya menahan mereka.

“Akibatnya, ada sebilangan mereka mengalami luka-luka kecil kerana terjatuh semasa melarikan diri,” katanya.

Kata beliau, serbuan yang dilakukan pada jam 11 malam Jumaat lalu itu turut menahan seorang lelaki Vietnam dan seorang wanita yang mengakui menguruskan restoran berkenaan.

Jelasnya, kesemua mereka di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut.

“Daripada pemeriksaan yang dibuat juga 27 wanita Vietnam itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Wanita yang mendakwa menguruskan restoran berkenaan juga gagal menunjukkan lesen perniagaan yang sah,” katanya.

Hasbillah berkata, dalam serbuan itu mereka turut merampas 10 televisyen, set karaoke dan beberapa peralatan elektrik lain.

“Kes ini akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran kerana mengeksploitasi wanita menjadi GRO.

“Kami mengharapkan orang ramai terus menyalurkan maklumat mengenai perkara ini kerana melibatkan pemerdagangan manusia untuk tujuan tidak bermoral,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");