Berita Hari Ini

Harga ayam RM13 per kg tidak berasas

AYAM

KUANTAN: Khabar angin mengatakan harga ayam di negeri ini meningkat sehingga RM13 sekilogram adalah tidak berasas sebaliknya, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang, Mohd A Aruwan Ab Aziz berkata, ia hanya salah faham iaitu RM13 bagi seekor ayam yang dijual di pasaran.

Bagaimanapun,  pihaknya kesan empat daerah di negeri ini iaitu Rompin, Bentong, Raub dan Cameron Highlands catat harga sekilogram tertinggi RM9 manakala di Jerantut pula mencatatkan harga terendah iaitu RM8 sekilogram.

Katanya, berdasarkan pemantauan di 21 lokasi pasar basah di seluruh negeri purata harga ayam standard ialah RM8.70 sekilogram.

“Selain itu, pemantauan di 45 pasar raya di seluruh negeri mendapati purata harga ayam standard ialah RM7.70 sekilogram dan harga tertinggi ialah RM8.70 sekilogram di Bera manakala harga terendah dicatat pada kadar RM6.80 sekilogram di Bentong.

“Bagi musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi, kita dimaklumkan bahawa bekalan mencukupi berikutan usaha kerajaan mengimport bekalan ayam dari Thailand,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah KPDNKK, Abdul Kadir AlJailani Mohd Sharriff.

Mohd A Aruwan berkata, pihaknya akan mengenal pasti punca kenaikan harga ayam yang berlaku seperti yang didakwa peniaga.

Menurutnya, ada dakwaan bahawa kenaikan harga ayam itu disebabkan orang tengah dan harga makanan ayam yang meningkat.

“Banyak desas desus mengenai punca kenaikan harga ayam berlaku namun kita masih mengenal pasti punca sebenar kenaikan,” katanya.

Di negeri ini, terdapat 384 ladang ternak ayam berdaftar dan di Kuantan sebanyak 48 ladang manakala jumlah pemborong sebanyak 25 di seluruh negeri.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");