Perak Hari Ini

Henti Menghukum Guru Besar SK Seri Pristana

sk pristana

Rakyat negara ini digesa agar menghentikan segera serangan peribadi terhadap guru besar SK Seri Pristana yang sudah mengakui silap percaturan dalam isu membenarkan pelajar bukan Islam sekolah itu menikmati makanan pada waktu rehat di bilik persalinan, baru-baru ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, sehubungan itu berkata, guru terbabit tidak seharusnya terus dihukum apatah lagi kes itu sudah diambil tindakan sewajarnya.

“Guru besar berkenaan tidak harus lagi dikeji dan diserang secara peribadi di media sosial amnya kerana dia hanya tersilap percaturan dalam membuat keputusan”, ujarnya.

Tambahnya lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat lawatan dan menemui jalan penyelesaian bagi isu ini.

“Sememangnya bilik persalinan itu tidak sesuai dijadikan ruang makan namun selepas ia ditutup, maka boleh dikatakan kes ini telah selesai,” jelas Khairy kepada pemberita selepas program Program Ihya Ramadhan, dekat Tapah, semalam.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Rembau berkata, serangan peribadi terhadap guru besar sekolah itu terutamanya daripada pihak pembangkang tidak adil sama sekali.

Menurut Khairy, walaupun guru besar itu sudah mengakui kelemahannya dalam membuat keputusan berkaitan bilik persalinan tersebut, namun masih ada segelintir masyarakat tidak mahu menghentikan serangan terhadapnya.

“Kes atau isu ini perlu dianggap selesai dan janganlah berterusan menghukum beliau secara tidak adil.

“Semua pihak seharusnya berhenti menyalahkan guru besar terbabit kerana kesilapan yang dilakukannya telah diperbetulkan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");