Membawang Hari Ini

Intim dengan anak menteri

nora-danish-terkini

Nora sedia terima duda anak satu jika itulah jodoh keduanya

Seperti dapat menghidu persoalan ingin diajukan, pelakon, Nora Danish, 31, terus saja memberikan penjelasan mengenai hubungannya dengan anak seorang menteri selepas gambar mereka bersama dua lagi rakan dimuat naik ke laman sosial Instagram miliknya, baru-baru ini.

Mengaku saling mengenali sejak enam tahun lalu, Nora bagaimanapun menepis dakwaan konon dirinya kini asyik bercinta dengan duda anak satu itu.

Biarpun dilihat akrab, kata Nora, hatinya belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki walaupun dia mengakui pemuda itu mempunyai kriteria lelaki idamannya.
Enggan diri terus diasak pelbagai pertanyaan mengenai perhubungan mereka, Nora menjelaskan, dia tidak menolak lelaki itu sebagai calon suami jika dialah jodohnya.
“Dia memang rapat dengan diri dan keluarga Nora, malah dia tinggal berdekatan dengan kami. Anak Nora, Rayqal, juga selesa dengannya, serta berkawan baik dengan anaknya.
“Setiap orang diberi peluang kedua, begitu juga dengan Nora. Tetapi, pintu hati Nora masih belum terbuka untuk berumah tangga lagi.

“Begitupun, melihat ramai kalangan rakan artis yang sudah berumah tangga kali kedua, Nora tidak akan menolak jodoh. Bahkan, dia antara pilihan Nora sebagai suami,” katanya.
Lelaki bertanggungjawab, pemurah

Bukan tidak mempercayai cinta, tetapi Nora kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.

Ketika yang sama, pernah digosip bercinta dengan beberapa aktor dek keakraban dan keserasian dalam lakonan, membuatkan Nora rimas.

Biar sekadar gosip, bagi Nora, ia sedikit sebanyak memberi tanggapan negatif orang ramai terhadap dirinya.

“Nora suka berkawan dengan ramai orang dan suka ambil gambar untuk dimuat naik ke Instagram. Jadi, apabila gambar Nora dengannya tersebar, pelbagai spekulasi timbul, terutama daripada pengikut.

“Bukan dia saja, sebelum ini Nora pernah dikaitkan dengan Noh Hujan, Adi Putra dan ramai lagi. Sejak bercerai sampai sekarang, Nora belum mempunyai teman istimewa,” tegasnya yang akan muncul dengan filem Bencinta, bergandingan dengan Farid Kamil, pada 26 September nanti.

Ditanya mengenai keistimewaan pemuda terbabit, Nora yang ditemui pada majlis berbuka puasa dan tayangan program raya TV3 baru-baru ini menyifatkannya sebagai lelaki dan bapa yang baik serta bertanggungjawab.

“Dia sangat baik, jauh daripada apa yang orang luar fikir, sehingga ada yang melabelnya sebagai samseng, jahat dan suka gaduh. Dia banyak bersedekah dan sangat menghargai orang di sekeliling,” ujarnya.

Ibu beri restu

Sementara itu ibu Nora, Salimah Talib, 56, akan tetap merestui perkahwinan kedua anaknya, walau siapa pun pilihannya nanti.

Mengakui pernah bertemu dengan anak menteri terbabit, Salimah berkata, jika lelaki itulah jodoh anak keduanya, dia dengan senang hati menerimanya.

“Saya nampak dia berkawan dengan budak itu, tetapi tidaklah sampai ke tahap serius. Saya serah padanya… Siapapun pilihannya saya terima.

“Saya pun takut juga kalau-kalau kisah lama berulang. Sebagai ibu, saya hanya mampu berdoa agar hubungan mereka kekal hingga akhir hayat,” katanya.

Menyambut Syawal bersama ibu serta anak tunggalnya di ibu negara, Nora juga akan berkunjung ke rumah bekas mentuanya pada 1 Syawal.

Malah, dia tidak menolak akan beraya bersama bekas suami, Rizal Ashram atau Jejai, dan isterinya yang juga pelakon, Fasha Sandha, serta anak mereka, Putra Rayfal Ramli di rumah bekas mentua.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");