Jenayah

Jalan semakin sempit akibat hakisan

KUALA PILAH: Kelebaran jalan di Kampung Ulu Gentam, dekat sini dikesan semakin sempit berikutan hakisan yang berlaku akibat tanah runtuh disebabkan sejak hujan lebat akhir tahun lalu.

Belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa, penduduk akui merasa bimbang kemungkinan sekiranya dibiarkan akan menyebabkan jalan berkenaan terus terhakis, sekaligus mereka terputus hubungan.

Penduduk, Abd Latif Lajid, 80, berkata, penduduk menyedari hakisan itu semakin serius apabila melihat kelebaran jalan raya berkenaan semakin sempit dan pagar batu hampir tumbang, baru-baru ini.

“Kawasan ini ada tiga buah rumah dan kesemuanya berpenghuni. Kami bimbang jika tidak diambil tindakan, tanah ini runtuh tanpa disedari.

“Sekiranya terjadi, jalan ke rumah terputus dua dan sudah tentu menyusahkan membebankan penduduk kerana tiada jalan alternatif lain di sini,” katanya.

Menurutnya, selain tebing runtuh, pembentung yang pecah di jalan berkenaan juga perlu dibaiki segera.

“Sebelum ini, kita pernah membuat aduan kepada pihak berkaitan. Masalah ini telah diberi perhatian dan pihak berkenaan sudah membaiki semula kerosakan pembentung pada April tahun lalu.

“Tapi, disebabkan hujan terlalu lebat, air sungai naik mendadak pada akhir 2012. Pembentung ini runtuh sekali lagi dan kali ini, gelinciran tanah runtuh mencecah kepada 12 kaki berbanding dulu hanya enam kaki sahaja,” katanya kepada Sinar Harian di lokasi berkenaan, semalam.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Saiful Lizam Sulaiman, 33, masalah seumpama itu bukan sahaja berlaku di jalan berkenaan, tetapi dikesan di beberapa kawasan lain.

“Laluan sungai ini sehala dengan kawasan tanah saya. Jadi bila air naik, semua kawasan yang ada pembentung telah pecah.

“Terdapat empat pembentung telah rosak akibat hujan lebat, malah berlaku tanah runtuh. Jalan ini memang tidak boleh dilalui,” katanya.

Menurutnya, disebabkan masalah itu, dia yang pada mulanya bercadang membina sebuah rumah di kawasan itu terpaksa membatalkan hasrat kerana tidak mahu tanggung risiko sebelum pihak bekenaan melakukan sesuatu.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");