Berita Hari Ini

Jangan pertikai undang-undang Islam

SHAH ALAM: Seksyen 107(b) dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang memperuntuk persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk tukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam tidak boleh dipertikaikan.

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata, keputusan Kabinet bahawa agama kanak-kanak tidak boleh ditukar oleh ibu atau bapa secara sepihak tidak boleh diguna pakai kepada penganut Islam.

“Dari segi hukum hadanah (penjagaan anak), anak bawah umur asalnya adalah di bawah penjagaan ibu. Namun, dalam isu berlainan agama, anak itu perlu mengikut agama ibu atau bapanya yang Islam.

“Misalnya, jika si bapa memeluk Islam, tetapi si ibu tidak, maka agama anak mereka yang di bawah umur akan mengikut si bapa,” katanya.

Katanya, ia dibincang Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Isu agama tidak boleh dipertikaikan. Undang-undang ini perlu dikekalkan bagi memastikan martabat Islam berada di kedudukan sepatutnya,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Islam merupakan agama rasmi dan negara ini terikat dengan undang-undang Islam.

“Peruntukan menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam yang memerlukan persetujuan salah seorang ibu bapa sudah dipakai sejak sekian lama. Mengapa perkara ini dibangkit sekarang?

“Undang-undang itu dibuat berdasarkan undang-undang Islam dan tidak boleh dipertikai,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");