Membawang Hari Ini

Jennifer Aniston tangguh perkahwinan?

jen

jenNampaknya, penangguhan perkahwinan pasangan Jennifor Aniston dan Justin Theroux hanya kontroversi semata- mata. Melihat senyuman di wajah Jennifer serta cincin yang masih berada di jarinya sekaligus membuktikan keretakan hubungan dengan Justin Theroux itu tidak benar.

Hujung minggu lepas, pasangan bahagia ini dilihat menghabiskan masa membeli belah di Los Angeles buat kali pertama selepas laporan mengatakan hubungan mereka retak.

Sewaktu dilihat keluar bersama, Jennifer, 44, kelihatan santai memakai top hitam tanpa lengan dipadankan dengan sepasang wedges dan membiarkan rambutnya terurai manakala Justin, 41, memakai seluar jeans dan kemeja t biru sendat. Justin turut mengukirkan senyuman lebar waktu itu.

Pasangan itu dipercayai menghabiskan hujung minggu bersama pada 4 Julai di rumah agam mereka di Bel Air dan membeli belah dengan gembira. Jennifer dilihat membawa satu beg kertas dan sebuah beg besar.

Pada akhir Jun lalu, pasangan itu melaporkan bahawa mereka akan menangguhkan perkahwinan kerana komitmen pada kerjaya dan ingin mengubah suai rumah terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, ramai yang percaya keputusan mereka menangguhkan perkahwinan ini kerana mereka telah bertengkar mengenai tempat tinggal di Amerika.

Justin yang ingin berpindah ke New York tetapi Jennifer enggan melakukan demikian. Menurut satu sumber, Justin sudah cuba untuk menyesuaikan diri tinggal Los Angeles, namun dia lebih sukakan bandar New York.

Jennifer pula sememangnya sudah terbiasa dengan keadaan di Los Angeles dan tidak sukakan New York. Dia cuba membeli beberapa buah apartment di bandar New York namun hatinya tetap di Los Angeles. Walaupun pasangan ini berkelahi mengenai tempat tinggal, namun mereka seperti sudah menyelesaikan isu tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");