Berita Hari Ini

Kabinet bincang cara bantu pelajar gagal ke IPTA

PTJ05_130510_KDNK

KUALA LUMPUR: Kabinet akan membincangkan isu berhubung pelajar yang gagal mendapat tempat di universiti awam minggu ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya tahu sesetengahnya kecewa kerana tidak mendapat tempat di universiti tetapi jangan putus asa.(Perkara itu) akan dibincangkan di Kabinet minggu ini mengenai cara terbaik membantu pelajar berkenaan,” katanya dalam tweetnya hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P.Kamalanathan berkata 18,000 pelajar gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) walaupun mereka memenuhi syarat dan meminta mereka membuat rayuan.

Seramai 68,702 memohon untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014 tetapi hanya 41,573 mendapat tawaran di IPTA, demikian diumumkan Jabatan Pengajian Tinggi Khamis lepas.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");