Perak Hari Ini

Kadar Zakat Fitrah Di Perak Kekal RM7

zakat

Zakat fitrah di Perak pada tahun ini ditetapkan pada kadar RM7.

Umat Islam terutamanya yang tinggal di bandar raya Ipoh juga boleh menunaikan zakat fitrah di kaunter Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) yang beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak.

Menurut kenyataan laman web MAIPk, kaunter dibuka mulai jam 8.30 pagi hingga 5 petang setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad kecuali cuti umum.

Sementara itu, operasi kaunter MAIPk di UTC dipendekkan sepanjang bulan Ramadan bagi menghormati puasa dan memberi kesempatan kepada kakitangannya menunaikan ibadat solat Tarawih dan amalan sunat lain.

Waktu operasi biasa akan bermula kembali pada 10 Ogos depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");