Berita Hari Ini

Kaji punca gagal berkembang

Mohd Isa menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang peserta, M Nageswary, 26, selepas tamat program.
Mohd Isa menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang peserta, M Nageswary, 26, selepas tamat program.

BAHAU: Yayasan Pembangunan Sosial Malaysia akan mengkaji semula punca belia wanita India (Benita) gagal meneruskan perniagaan masing-masing selepas menyertai program ke arah keusahawanan yang dianjurkan yayasan tersebut.

Pengurusnya, B Krishna Kumar berkata, sekiranya peserta menghadapi masalah terutamanya berkaitan modal, pihaknya akan membantu untuk dapatkan pembiayaan menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) atau 1Azam.

Menurutnya, kebiasaannya selepas tiga minggu program selesai, pihaknya akan memantau peserta (Benita) sama ada mahu meneruskan kursus ataupun tidak.

“Bagaimanapun, pemantauan akan berlarutan dari enam hingga 18 bulan sebelum mengetahui sama ada mereka ini bersungguh–sungguh atau tidak.

“Sejak dilancarkan pada Februari 2012, seramai 3,650 yang mengikuti program berkenaan berjaya sama ada secara sambilan atau sepenuh masa dalam bidang masing–masing,” katanya ketika ditemui pada program ke arah keusahawanan anjuran Yayasan Pembangunan Sosial dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri di Ammu Tailors, pekan Bahau, baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jempol yang juga Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Krishna berkata, antara program kursus Benita yang disediakan adalah menjahit, masakan, kek dan roti, mencorakkan inai serta hiasan manik.

“Kursus ini mensasarkan belia wanita India berusia di antara 18 hingga 40 tahun yang ada masalah pendapatan, tidak bekerja serta golongan ibu tunggal berpendapatan RM1,500 ke bawah,” katanya.

Sementara itu, Mohd Isa berkata, peluang yang diberi untuk meningkatkan taraf hidup perlu diambil sepenuhnya oleh belia wanita India.

“Tidak dinafikan banyak bidang kemahiran yang ada kini dan boleh dipelajari, jadi bila ada kemahiran rancanglah sesuatu yang boleh memberi pendapatan di kemudian hari,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");