Sukan Hari Ini

‘Kami enggan angkat bendera’

benderaGandingan Lim Khim Wah (kiri) dan Goh V Shem akan bertemu rakan senegara di pusingan kedua jika benam pasangan Martin Campbell-Patrick Machugh:-
Kuala Lumpur: Walaupun mendapat undian yang boleh disifatkan sukar, beregu lelaki negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah enggan mengangkat ‘bendera putih’ lebih awal menjelang Kejohanan Dunia di Guangzhou, China bermula 5 hingga 11 Ogos ini.

Nasib tidak begitu menyebelahi Khim Wah-V Shem yang akan membuka tirai saingan menentang beregu Scotland, Martin Campbell-Patrick Machugh dan jika menang, mereka akan bertemu rakan senegara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong di pusingan kedua.

Jika berjaya mengatasi Thien How-Wee Kiong, bekas beregu nombor satu dunia, Cai Yun-Fu Haifeng dari China pula dijangka menanti mereka di pusingan ketiga dalam misi memburu slot ke suku akhir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");