Jenayah

‘Kami hanya mampu lari’

TBAKAR

SABAK BERNAM: Dua beradik dan seorang ipar terselamat selepas rumah ibu bapa mereka di Sungai Limau, Sungai Besar, di sini, hangus dalam kejadian kebakaran, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, semua penghuni rumah tersebut tidak sempat menyelamatkan kelengkapan atau dokumen penting kerana api marak dengan cepat hingga menyebabkan seluruh rumah terbakar.

Mirza Misnul, 29, berkata, ketika kejadian, dia, abang dan kakak ipar berada dalam rumah, sementara ibu bapa pula pergi beli barang keperluan.

Menurutnya, dia yang sedang tidur di dalam bilik, terjaga sebaik saja dikejutkan gegaran kuat sebelum kelihatan asap di bahagian atas rumah.

“Saya terhidu bau asap dan kemudiannya berlari keluar dari bilik. Saya jerit apabila lihat api mulai marak dan membakar bahagian atap rumah lalu keluar menyelamatkan diri.

“Kejadian berlaku terlalu pantas. Kami hanya mampu berlari keluar tanpa sempat ambil barang termasuk dokumen peribadi. Namun saya bersyukur kerana ibu bapa tiada di rumah,” katanya.

Mirza berkata, rumah diperbuat daripada kayu dengan sebahagian batu menyebabkan api merebak dengan pantas, malah bengkel bersambung dengan rumah itu juga separuh rentung.

Namun katanya, hasil kepantasan pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Besar berjaya mengawal kebakaran itu dengan lebih cepat.

“Mujur bomba sempat mengawal kebakaran sebelum merebak ke bengkel. Bagaimanapun, sebuah kereta milik pelanggan rosak di bahagian depan. Kereta saya turut terbakar, selain tiga motosikal lain dengan anggaran kerugian RM300,000,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Rani Mat Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.47 pagi kelmarin dan 10 anggota serta dua jentera dihantar ke tempat kejadian.

“Operasi dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam. Kebakaran berjaya dikawal selepas 30 minit, namun punca dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");