Jenayah

Kanak-kanak empat tahun cedera terkena tembakan

jenayah

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera terkena tembakan di perkarangan Pangsapuri Golf View Bukit Jambul, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, seorang lelaki melepaskan sekurang-sekurangnya 10 das tembakan dari jarak lima hingga 10 meter dan satu

daripadanya menembusi bahagian atas lutut kiri kanak-kanak itu, B. Shawn Yashwin.

Beliau berkata, ketika kejadian bapa kanak-kanak berkenaan, E. Beritto, 33, sedang berbual dengan seorang rakan di perkarangan pangsapuri itu sebelum seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC bewarna putih secara tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah mereka.

“Bapa mangsa bekerja sebagai penarik kereta dan tinggal di Bayan Baru. Kami belum mengetahui tujuan dia ke situ dan mengapa dia membawa kanak-kanak itu bersama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan polis mendapati bapa kepada kanak-kanak itu tidak memiliki rekod jenayah dan polis masih menyiasat sasaran sebenar suspek.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");