Perak Hari Ini

Kanak-Kanak Kepala Besar Perlu Bantuan Kewangan

derma buntongg

Seorang kanak-kanak yang mengalami penyakit kepala besar atau ‘Hydranencephaly’, Dennis Equan Adif, memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani rawatan penyakit yang dialaminya sejak lahir.

Ibunya, Erny Yusnita Kamaluddin, 36, berkata kesempitan hidup menghalang beliau dan suami mendapatkan rawatan untuk anak kesayangan mereka yang kini berusia lima tahun.

“Saya bekerja sebagai pembantu rumah dengan pendapatan harian sebanyak RM20 sehari dan sudah pasti ia tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian keluarga serta rawatan Dennis Equan Adif.

“Ketika berusia dua minggu, anak saya pernah menjalani pembedahan dan ia adalah pembedahan yang pertama dan terakhir,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Buntong, dekat Ipoh baru-baru ini.

Menurut Erny Yusnita, suaminya, Affendy Abdul Hamid, 23, bekerja di sebuah kilang dengan pendapatan RM700 sebulan.

Pendapatan itu katanya, tidak cukup untuk menampung keluarganya termasuk empat lagi anak mereka yang masih bersekolah.

“Kami pernah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun masih belum menerima maklum balas positif daripada pihak berkenaan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga itu boleh menghubungi Erny di talian 011- 11182880 atau menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional miliknya bernombor 08103-41-00004778-4.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");