Kolumnis

Karpal Singh Tak Puas Hati Zahid Hamidi dan Amir Bazli Selesai Kes Luar Mahkamah

zahidmahkamah

Beberapa hari lepas, Gobind Singh Deo, anak lelaki Karpal Singh bagaikan dirasuk kekecewaan, cuba menggugat kedudukan Ahmad Zahid Hamidi selaku Ahli Parlimen Bagan Datoh dan Menteri Dalam Negeri dengan mempertikaikan kes yang menurutnya, perlu dikategorikan sebagai jenayah, bukannya sivil.

Hari ini, Zahid Hamidi dan Amir Bazli Abdullah mencapai persetujuan untuk penyelesaian di luar mahkamah tanpa kehadiran peguam kedua-dua pihak di hadapan hakim, Rohani Ismail.

Amir Bazli Abdullah telah menyaman Zahid Hamidi dan mendakwa mengalami kecederaan pada muka kerana ditumbuk oleh Zahid Hamidi. Dalam saman yang di failkan pada 4 Julai ,2007 untuk menuntut ganti rugi, Amir Bazli,42, mendakwa pada 16 Jan 2006, Ahmad Zahid menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi  Country Heights di Kajang hingga menyebabkan tulang hidungnya patah dan matanya bengkak.

Keputusan berkenaan ternyata tidak menyenangkan Karpal Singh yang merupakan peguam kepada Amir Bazli. Walaupun anak guamnya telah bersetuju untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah, Karpal Singh menyatakan, dia akan mencari jalan untuk mengisytiharkan bahawa keputusan hakim itu tidak sah dan ada kecacatan. Alasannya ialah, mediasi di dalam kamar di hadapan Ketua Pusat Mediasi Selangor, di Mahkamah Sesyen Sivil Shah Alam, tidak disertai oleh peguam kedua-dua belah pihak.

Dengan kata lain, Karpal Singh dan anaknya, Gobind Singh Deo beranggapan mereka lebih berhak ke atas saman Amir Bazli Abdullah terhadap Zahid Hamidi berbanding tuan punya badan sendiri!

Pecacai Pakatan sebelum ini sibuk menyerang dan melakukan fitnah terhadap Zahid Hamidi. Semuanya berpunca daripada sikap tegas yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi dalam menangani keganasan politik yang dicetuskan oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Ketegasan Zahid Hamid bersama-sama Ketua Polis Negara yang baru, dilihat menyusahkan aktiviti-aktiviti anarki yang telah dirancang sebegitu lama oleh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan kerjasama beberapa NGO yang sealiran dengan perjuangan Pakatan Rakyat.

Isu Zahid Hamidi dan Amir Bazli sebenarnya adalah masalah ‘keluarga’. Namun Pakatan Rakyat cuba menggunakan sisi tersebut untuk melakukan serangan terhadap Zahid Hamidi dan beranggapan, ianya akan menunjukkan yang Zahid Hamidi adalah seorang yang kejam, zalim dan menyalahgunakan kedudukannya selaku ahli politik dan pemimpin negara.

Itu sahajalah yang mereka mampu lakukan. Faktor sebenar yang mendorong kepada kejadian tersebut, tidak pernah didedahkan dan diterangkan oleh pecacai Pakatan Rakyat. Dan kita amat maklum dengan perangai mereka yang gemar memutarbelitkan kejadian sebenar asalkan dapat memberi keuntungan besar kepada Pakatan Rakyat.

Keputusan hakim, pastinya memberi pukulan hebat kepada Gobind Singh Deo, anak lelaki Karpal Singh yang cuba membangkitkan isu tersebut dalam sidang Dewan Rakyat. Cabaran yang dibuat oleh Zahid Hamidi kepada Gobind Singh Deo agar memperjuangkannya di mahkamah terutama apabila Gobind sendiri merupakan peguam kepada Amir Bazli Abdullah, ternyata berakhir dengan rundingan dan keputusan menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Kesian Gobind… kesian bapanya yang cacat!

Sekarang mereka terpaksa mencari-cari alasan lain untuk memalukan Zahid Hamidi!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");