Jenayah

Kastam Rampas Dadah RM1.75j

Zulkifli (tiga, kiri) melihat bungkusan syabu diseludup menggunakan ruang khas dalam bagasi pada sidang media di Kompleks Pencegah Negeri, Perai, semalam
Zulkifli (tiga, kiri) melihat bungkusan syabu diseludup menggunakan ruang khas dalam bagasi pada sidang media di Kompleks Pencegah Negeri, Perai, semalam

PERAI: Kastam merampas 9.19 kilogram dadah jenis syabu dipercayai bernilai RM1.75 juta, yang cuba diseludup dalam dua kes berasingan, semalam.

Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Zulkifli Yahya berkata, dua wanita warga Indonesia turut ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) selepas menaiki penerbangan dari New Delhi, India, pada malam kelmarin dan semalam.

“Dalam tangkapan pertama, wanita yang berusia 32 tahun ditahan Pegawai Kastam Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP) selepas menemui empat bungkus plastik yang mengandungi serbuk kristal lut sinar yang tersimpan di ruang khas bagasi yang dibawa suspek.

“Setelah diuji, serbuk tersebut positif dadah jenis methamphetamine yang beratnya lebih kurang tiga kilogram dengan nilai pasaran yang dianggarkan berjumlah RM570,000,” katanya pada sidang media di Kompleks Pencegah Negeri, di sini, semalam.

Beliau berkata, tangkapan kedua melibatkan wanita berusia 25 tahun dibuat pada jam 9.20 malam selepas pemeriksaan rapi dibuat ke atas bagasi miliknya.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu bungkusan berwarna coklat yang mengandungi serbuk kristal lut sinar seberat 6.19 kilogram.

“Dianggarkan nilai pasaran syabu terbabit bernilai RM1.17 juta,” katanya.

Kedua-dua suspek yang tidak bekerja ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati secara mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang awam untuk menyalurkan maklumat menerusi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855 atau Unit Narkotik Kastam di talian 04-3318920.

Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan ganjaran berbentuk wang tunai diberikan bagi setiap maklumat yang berjaya menghasilkan kes.

– Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/kastam-rampas-dadah-rm1-75j-1.181666

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");