Berita Hari Ini

Kaunter bayaran cukai kini di pusat beli-belah

Dbkl_logo

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka kaunter pembayaran cukai taksiran di beberapa pusat membeli-belah sempena Bulan Pembayar Cukai Taksiran DBKL 2013.

Kaunter melibatkan AEON Metro Prima Kepong dan Mid Valley Megamall yang akan dibuka dari 10 pagi hingga 9 malam serta AEON Taman Maluri (10 pagi hingga 8 malam).

Kaunter bergerak juga disediakan bersebelahan Pejabat JPJ Bandar Permaisuri Cheras yang dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang.

Kaunter-kaunter ini akan mula beroperasi dari 1 Ogos hingga 7 Ogos, ditutup dari 7 Ogos hingga 11 Ogos dan dibuka semula pada 12 Ogos hingga 31 Ogos.

Pembayar perlu mengemukakan bil cukai taksiran semasa membuat bayaran.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");