Berita Hari Ini

Kawasan Flat Pekeliling dibangun semula sebagai pusat komersial

KUALA LUMPUR: Flat Pekeliling akan dibangunkan semula  sebagai pusat  komersial kerana lokasinya yang strategik dan memiliki nilai tanah yang tinggi,  Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata,  lokasi pembangunan semula Flat Pekeliling itu tidak sesuai dibangunkan dengan  perumahan mampu milik.

“Sebaliknya ia lebih sesuai dibangunkan sebagai pusat komersial yang  boleh

menjana ekonomi negara yang selaras dengan Pelan Bandaraya 2020,” katanya  ketika menjawab soalan Datuk Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) pada persidangan  Dewan Rakyat di sini hari ini.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");