Perak Hari Ini

Kemenangan BN Suntik Semangat Buat Siti Salmah Terus Berkhidmat Kepada Rakyat

adun-chenderoh-datuk-siti-sKeputusan Mahkamah Pilihan Raya pada Selasa yang mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubuk Merbau menyuntik semangat baru kepada Datuk Siti Salmah Mat Jusak untuk meneruskan agenda berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu.

Bercakap kepada Peraktoday.com sebentar tadi, Siti Salmah yang juga Ketua Wanita Bahagian Padang Rengas menzahirkan rasa syukur kepada Allah di atas keputusan yang berpihak kepada BN.

“Pembangkang mengemukakan petisyen kerana tidak dapat menerima kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu hingga bertindak sedemikian untuk mencabar kemenangan BN.

“Apabila pihak mahkamah membuat keputusan mengekalkan kemenangan BN di Lubuk Merbau, maka saya kini dapat meneruskan tugas sebagai wakil rakyat tanpa sebarang gangguan,” katanya dengan nada sebak.

Beliau mengulas kejayaan BN mengekalkan kemenangan di Dun Lubuk Merbau selepas Mahkamah Pilihan Raya di Ipoh, menolak petisyen yang difailkan seorang pengundi untuk membatalkan keputusan pilihan PRU13.

Hakim, Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difail Abdul Karim Abdul Rashid cacat kerana tidak mematuhi Perintah 9 dan 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Dalam penghakimannya, beliau berkata petisyen berkenaan tidak difail oleh pempetisyen atau peguam yang dilantik pempetisyen dan ini bercanggah dengan kedua-dua perintah perintah tersebut yang hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen pilihan raya.

Beliau berkata demikian selepas membenarkan bantahan awal Pegawai Pilihan Raya (RO), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diwakili Nor Azmi Nawawi, Anas Mahadzir dan Norinna Bahadun serta Adun kawasan itu, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.

Berikutan itu, beliau memerintahkan Abdul Karim membayar RM60,000 kepada Siti Salmah, RM10,000 kepada SPR dan RM10,000 kepada RO.

Petisyen tersebut difailkan pada 12 Jun lalu dan antara sebabnya adalah pempetisyen mendakwa terdapat penyogokan dalam keputusan PRU13 bagi Dun tersebut.

Pada PRU13 yang lalu, Siti Salmah menewaskan calon Pas Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi. Siti Salmah diwakili empat peguam yang diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Abu Bakar As-Sidek.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");