Berita Hari Ini

Kempen bebas rokok GlaxoSmithKline disambut baik

image

KEMPEN Berikrar Berhenti Secara Tepat oleh GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK) menerima sambutan baik apabila seramai 903 perokok berikrar untuk berhenti merokok sementara 6,555 bukan perokok berjanji akan menyokong usaha berhenti merokok.

Selain itu, kempen yang dianjurkan dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia itu turut berjaya mendapat sokongan 753 pakar farmasi yang berikrar akan menasihati perokok mengenai cara berhenti merokok yang tepat.

Ketua Pemasaran Produk Kesihatan GSK untuk Malaysia. Raymond Khor berkata, syarikat farmaseutikal dan penjagaan kesihatan pengguna itu gembira menerima sambutan menggalakkan dan permintaan untuk melanjutkan
kempen melampaui tarikh tutup asal pada 16 Jun lalu.

“Kami berbesar hati melihat kesan positif kempen Berikrar Berhenti Secara Tepat. Sambutan hangat orang awam jadi petunjuk kukuh ramai rakyat Malaysia menyokong usaha berhenti merokok yang kami harap akan menyumbang kepada kesihatan awam yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kempen Berikrar Berhenti Secara Tepat yang menghimpunkan sokongan orang ramai untuk usaha berhenti merokok berakhir pada 30 Jun lalu.

Matlamat utama kempen itu adalah untuk mengurangkan jumlah perokok dan rakyat Malaysia yang terdedah kepada asap rokok sekali gus mengurangkan bilangan pesakit penyakit tidak berjangkit seperti kanser, penyakit jantung, dan penyakit sekatan pulmonari kronik.

Menurut Khor, usaha tanggungjawab sosial GSK itu selari dengan harapan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam pada sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia peringkat kebangsaan, baru-baru ini.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");