Perak Hari Ini

Kendali Media Secara Bijak Mampu Tingkat Imej Polis

Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah bertitah pengendalian media secara bijak boleh membantu memulihkan imej polis sekaligus mengubah persepsi masyarakat terhadap kredibiliti pasukan terbabit.

“Pasukan polis hari ini perlu memberi tumpuan dalam usaha membina imej positif lagi menyakinkan agar masyarakat sentiasa menghormati kredibiliti polis.

“Melalui pendekatan media yang bijak, usaha polis dalam mengembalikan imej dapat ditangani dengan baik,” titah baginda.

Titah baginda lagi, jika maklumat yang disampaikan dalam keadaan sambil lewa, keyakinan serta keraguan rakyat akan semakin bertambah sehingga memudaratkan integriti polis.

“Masyarakat pada hari ini bukan sahaja terpelajar malah semakin celik terhadap undang-undang dan sedar akan hak asasi masing-masing serta mempunyai askses kepada teknologi maklumat.

“Oleh itu, pihak polis perlu memberikan perhatian yang serius untuk memastikan imej pasukan polis tidak tercalar dan berjaya menangani persepsi rakyat dengan berkesan,” titah baginda sempena Majlis Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Daerah Sungai Siput, hari ini.

Titah baginda lagi, ketulusan polis dalam menjalankan tanggungjawab kian di pandang serong segelintir masyarakat berikutan kes kematian tahanan baru-baru ini.

Isu salah laku yang melibatkan hanya sebilangan kecil anggota polis titah baginda, mengakibatkan imej keseluruhan institusi polis tercemar dan kini tercabar pula dengan kewujudan media-media alternatif yang boleh mengganggu pemikiran rakyat.

Mengulas lanjut, banginda turut mengingatkan kembali kebijaksaan kerajaan di era komunis, apabila pendekatan perang saraf dan gerak saraf merupakan kaedah yang berjaya mengubah pemikiran rakyat sehingga akhirnya pihak musuh dapat ditewaskan.

“Jika pendekatan ini mahu diperkenalkan dan dijalankan, ia perlulah melalui kaedah yang lebih meyakinkan agar masyarakat dapat merujuk kepada fakta yang lebih kritis dan berfikir dengan bijak,” titah Raja Nazrin lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");