Berita Hari Ini

Kerajaan perlu bertegas

PERAKTODAY58

PARIT BUNTAR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta kerajaan perlu lebih tegas dalam menangani isu penghinaan agama di negara ini, tidak sekadar menjatuhkan hukuman setelah didesak rakyat.

Beliau berkata, tindakan memberi amaran kepada individu terlibat bukan penyelesaian terbaik, malah akan menggalakkan kewujudan lebih ramai ‘pasangan Alvin dan Vivian’ pada masa akan datang.

“10 kali beri amaran pun tidak ada guna jika tiada tindakan tegas diambil terhadap individu yang menghina agama orang lain.

“Saya ulang pendirian saya meminta supaya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana individu yang menghina agama orang lain,” katanya selepas merasmikan majlis sumbangan 250 fakir miskin dan masjid anjuran Epic Valley Group of Companies, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Urusan Epic Valley Group of Companies, Tan Sri Dr Fng Ah Seng; Orang Besar Jajahan Kerian, Datuk Meor Redwan Mahyudin dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian (MDK), Khairul Amir Mohamad Zubir.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan kerajaan mendakwa pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee di mahkamah atas kesalahan mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam laman sosial Facebook.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar hukuman maksimum dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat supaya ia menjadi pengajaran bagi seluruh rakyat.

Tambahnya, tindakan menghina agama diharamkan dalam Islam dan hukuman penjara atau sebatan boleh dijatuhkan kepada individu yang didapati bersalah.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");