Berita Hari Ini

Kerajaan Teliti Tambahan Agihan BR1M

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti penambahan wang agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada RM500 kepada RM1,200 bagi tempoh lima tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara tersebut akan dibentang dalam Bajet 2014 Oktober depan.

Menurutnya, penambahan tersebut turut diberikan kepada golongan bujang yang bakal menerima RM600 berbanding sebelum ini RM250.

“Kerajaan prihatin dalam usaha meringankan beban perbelanjaan harian isi rumah.

“Kini, ia akan dikaji lebih terperinci agihan sepanjang tahun serta mengambil kira unjuran kedudukan kewangan semasa negara,” katanya yang menjawab soalan ahli Parlimen Oscar Ling Chai Yew (Sibu-BN) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan berhasrat untuk menstruktur subsidi yang diberikan.

Menjawab soalan tambahan ahli Parlimen Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong-BN), Ahmad berkata,kerajaan tidak mempunyai masalah untuk melunaskan janji kerana ia bukan dibuat serentak.

“Selain BR1M, banyak subsidi lain yang diberikan termasuk beras hancur, minyak masak, tepung, gula dan petrol.

“Pesawah juga diberikan subsidi iaitu baja, benih, kesihatan dan pendidikan menjadikan jumlah subsidi RM33 bilion setahun,” katanya.

BR1M 2.0 menyaksikan seramai 6.8 juta penerima iaitu 88.1 peratus daripada jumlah yang memohon.

Kerajaan juga sudah memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion dan Selangor merupakan negeri tertinggi penerima BR1M 2.0.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");