Berita Hari Ini

KPDNKK buka 72 kaunter khidmat pelanggan

Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

KUALA LUMPUR: Kaunter Khidmat Pelanggan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disediakan di 72 pasar besar di seluruh negara, mulai hari ini hingga 11 Ogos.

Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata ia diwujudkan sempena pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri.

Semua kaunter itu diselia pegawai penguatkuasa KPDNKK bagi membolehkan pengguna membuat aduan selain menyemak timbangan barangan yang dibeli menggunakan penimbang yang disediakan.

Beliau berharap pengguna dapat memanfaatkan perkhidmatan itu demi kepuasan mereka dan meminta peniaga supaya berhati-hati dan tidak mengambil kesempatan terhadap pembeli.

Bercakap pada sidang media selepas meninjau harga barangan di Pasar Chow Kit di sini hari ini, beliau berkata hasil tinjauan mendapati para peniaga akur dan tidak mempunyai masalah untuk mematuhi skim itu.

“Ini kerana kementerian telah mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk persatuan penternak, pengeluar, pemborong dan peniaga serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menyelaras harga maksimum demi kepentingan pengguna,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Bashah berkata peniaga dialu-alukan untuk menjual barangan lebih murah daripada harga ditetapkan bagi membantu pengguna membeli barang keperluan.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");