Isu Panas

Kuala Besut Sekali Lagi Buktikan Betapa Besarnya Hipokrasi Pembangkang

kuala besut prk

Exco Wanita UMNO Malaysia, Senator Datuk Hasnah Salam menyelar sikap kepimpinan pakatan pembangkang yang nampaknya bersungguh-sungguh berkempen di dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut, sedangkan pada masa yang sama pembangkang bertindak menyaman Suruhanjaya Pilihanraya dengan mendakwa badan tersebut tidak telus dalam menjalankan pilihanraya.

Menurut beliau, ini jelas mempamerkan sikap kepimpinan pembangkang yang cakap tak serupa bikin, berat sebelah dan hipokrit.

“Jika pembangkang tak percaya pada SPR dengan pelbagai isu seperti isu dakwat kekal dan sebagainya, sepatutnya mereka tidak payah susah-susah bertanding di dalam PRK kali ini.

“Kalau mereka rasa tak setuju, tak puas hati dan sebagainya, tetapi hakikatnya mereka tetap juga mahu bertanding, mahu juga kerusi DUN ini. Jadi bagi saya di sini jelas memperlihatkan sikap pembangkang yang hipokrit, “ katanya kepada UMNO-Online di Kuala Besut, hari ini.

Jelasnya lagi, masyarakat dan pengundi khususnya di kawasan DUN Kuala Besut ini bijak untuk menilai sikap hipokrit dan cakap tak serupa bikin kepimpinan pembangkang hari ini.

“Saya rasa pengundi di kawasan ini sudah pandai membuat pilihan dengan menganalisa sikap dan perangai pembangkang selama ini.

“Bahkan, ramai penyokong dan ahli Pas di kawasan DUN Kuala Besut ini diabaikan oleh kepimpinan pembangkang bahkan ada di antara mereka yang miskin dan susah namun tidak pernah langsung diberikan bantuan oleh kepimpinan Pas di sini,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta agar pengundi di DUN Kuala Besut ini supaya tidak teragak-agak untuk menolak calon Pas dan memberikan sokongan padu terhadap calon Barisan Nasional (BN) dengan memastikan kemenangan pada PRK DUN Kuala Besut ini memihak kepada BN.

“Apa yang saya lihat hari ini, ramai penyokong dan ahli Pas di kawasan DUN Kuala Besut ini sudah berpatah arang berkerat rotan dengan cara dan sikap kepimpinan parti tersebut yang lebih mementingkan politik mereka daripada kebajikan rakyat.

“Ini berbanding dengan BN yang hari ini telah terbukti sentiasa menepati janji kepada rakyat di negara ini dan berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan pelbagai program dan perancangan demi kebaikan rakyat di seluruh negara, khususnya pada rakyat dan pengundi di DUN Kuala Besut ini,” jelasnya.

-MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");