Isu Panas

Letak Calon Buktikan Sekali Lagi Sikap Hipokrit Pembangkang

pas calonSikap hipokrit serta retorik pembangkang makin terserlah hari ini apabila mereka meletakkan calon dan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai nanti.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata keputusan yang diambil oleh Pas itu juga secara tersurat dan tersirat mereka mengiktiraf keputusan pilihan raya umum yang lalu.

Menurut beliau hakikatnya parti pembangkang banyak bermain politik dalam banyak isu termasuklah dalam isu keputusan pilihan raya umum baru-baru ini.

“Kata tak telus dan pelbagai alasan lain lagi. Kegagalan mereka menguasi Kerajaan Persekutuan daripada BN menjadi antara punca yang menyebabkan mereka menyalahkan SPR.

Mereka memberi gambaran SPR lemah, berat sebelah, tidak boleh dipercayai,dan sebagainya namun apa yang mereka perkatakan tidak sama dengan apa yg mereka laksanakan.

“Sebab itu walaupun kedengaran kononnya mereka akan boikot upacara angkat sumpah kerana membantah SPR tapi akhirnya mereka datang juga. Ini mengambarkan sikap hipokrit mereka.

“Sebab itu, pada saya kalau betul mereka kata SPR tidak betul mereka sepatutnya tidak bertanding di PRK ini. Tetapi apabila mereka meletakkan calon mereka, ini bermakna mereka sebenarnya mengiktiraf SPR serta proses pilihanraya negara ini,” katanya.

Beliau seterusnya menambah rakyat perlu sedar daripada terus dipermainkan oleh pihak pembangkang.

“Sebab itu rakyat kena sedar akan mainan dan politik putar belit mereka ini. Ini sebenarnya bertujuan menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.Itu sahaja,” katanya.

– MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");