Berita Hari Ini

Malaysia Sasar 1.7 Juta Ketibaan Pelancong China Pada 2013

zoom_malaysia

BEIJING: Malaysia yakin dapat mencapai sasaran ketibaan 1.7 juta pelancong China tahun ini, berdasarkan ketibaan direkodkan pada suku pertama meningkat sebanyak 26.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Sebanyak 493,249 pelancong China direkodkan pada suku pertama, berbanding 390,256 bagi tempoh sama pada 2012, kata Noran Ujang, Pengarah Tourism Malaysia Pejabat Beijing.

Pada Mac tahun ini, ketibaan pelancong China naik 30.5 peratus kepada 168,118 daripada 128,795 direkodkan pada Mac tahun lepas.

Noran memberitahu Bernama, pelawat China kekal menjadi kumpulan pelancong ketiga terbesar melawat Malaysia selepas pelancong dari Singapura dan Indonesia.

Malaysia mencatatkan ketibaan 1,558,785 pelancong China tahun lepas, meningkat 24.6 peratus daripada 1,250,536 direkodkan pada 2011.

Dilaporkan jumlah warga China yang keluar untuk melancong pada 2012 adalah sebanyak 83.18 juta, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 18.41 peratus, dengan jumlah wang dibelanjakan di luar negara mencecah US$102 bilion (RM326 bilion).

Angka itu dijangka mencecah 94.3 juta tahun ini, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 15 peratus manakala jumlah wang dibelanjakan disasar akan mencecah US$117.6 bilion (RM376 bilion).

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");