Perak Hari Ini

Mansuh Akta Hasutan 1948: Kerajaan Digesa Jangan Tunduk Desakan Pembangkang

PERAKTODAY3Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri diminta agar tidak melayan desakan segelintir pihak yang mahu Akta Hasutan 1948 dimansuhkan bagi memastikan perpaduan kaum yang terjalin selama ini dapat terus dipertahankan.

Pemansuhan akta itu dibimbangi akan membuka ruang yang lebih luas kepada pihak pembangkang untuk menganggu-gugat keselamatan rakyat dan negara bersandarkan kepada tindakan kerajaan sebelum ini yang memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Majoriti rakyat negeri ini juga berpendapat Akta Hasutan 1948 wajar dikekalkan bagi mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara tercinta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Mohd Azhar Jamaluddin, berkata akta itu wajar dikekalkan bagi melindungi sistem demokrasi itu sendiri yang turut menjadi amalan di negara ini.

Tegasnya, jika undang-undang itu dimansuhkan, dikhuatiri pihak pembangkang akan bertindak secara bebas dengan menyalahgunakan kuasa demokrasi untuk kepentingan politik mereka.

“Secara peribadi, saya tidak bersetuju Akta Hasutan 1948 dimansuhkan kerana selepas ISA dimansuhkan oleh kerajaan untuk berkongsi kuasa dan meredakan keadaan, pihak pembangkang mengambil kesempatan dengan mencetuskan pelbagai insiden yang mengancam keselamatan rakyat dan negara ini,” katanya lagi.

Zaman Huri Yaakob, 40, dari Teluk Intan mahu akta itu dikekalkan demi kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.IMGL4487

“Bagi saya, akta ini perlu dikekalkan kerana negara-negara maju juga masih mengamalkannya untuk mengekalkan keselamatan negara mereka.

“Pihak pembangkang mahu akta ini dimansuhkan supaya suara mereka lebih didengari secara terbuka yang akhirnya boleh mengganggu-gugat kestabilan dan keharmonian negara,” katanya kepada Peraktoday.com.

Jelasnya lagi, masyarakat umum tidak perlu bimbang dengan akta itu kerana ia hanya diguna-pakai untuk perkara atau tindakan yang melanggar undang-undang.

“Jika akta ini dimansuhkan, keharmonian dan keamanan yang dikecapi rakyat dan negara mungkin sukar dipertahankan,” tambah Zaman Huri lagi.

Pendapat sama dikongsi Mohamed Pesri Khuari, 56, yang menegaskan perpaduan kaum yang terjalin mungkin terancam sekiranya akta ini dimansuhkan, sekaligus boleh merencatkan pembangunan yang dirancang pihak kerajaan Barisan Nasional (BN). IMGL4496

“Saya tidak bersetuju akta ini dimansuhkan kerana ia merupakan tonggak kepada keharmonian yang dinikmati rakyat negara ini.

“Hanya akta ini yang dapat mengekalkan keharmonian itu kerana kebanyakan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar masih dahagakan pembangunan yang hanya boleh dilaksanakan sekiranya negara ini kekal aman dan sentosa,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");