Membawang Hari Ini

Noniswara Sah Bercerai

 Nonis

Pelakon Noniswara Baharuddin, 44, sah bercerai secara taklik dengan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan selepas membayar RM10 sebagai syarat dalam lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Menurut laporan Kosmo pada Jumaat, Hakim Syarie Umamuddin Yunus memutuskan demikian dalam kamarnya selepas meluluskan permohonan cerai taklik yang dimohon Noniswara, 9 Mei lalu.

Ini merupakan penceraian kali kedua pelakon kelahiran Kelantan itu selepas membuat permohonan cerai kerana digantung tidak bertali oleh ahli perniagaan itu sejak lapan bulan lalu.

Permohonan cerai taklik telah difailkan mengikut Seksyen 50 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Peguam Syarie yang mewakili Noniswara, Datuk Amli Embong berkata, hakim mensabitkan cerai taklik bukan sahaja berdasarkan bayaran RM10 yang diterima bagi pihak defendan, malah turut mengambil kira keterangan plaintif, saksi, hujah peguam dan sumpah iztizhar.

Rumah tangga pasangan tersebut yang bernikah pada 31 Julai 2009 itu mula berantakan selepas gosip Rosman menjalinkan hubungan dengan seorang aktres sehingga lelaki itu meninggalkan Noniswara tanpa khabar berita.

Noniswara mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya manakala osman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima orang anak daripada perkahwinan terdahulu

-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");