Membawang Hari Ini

Panas…Nabila Huda Disangka Tak Puasa Di Auckland?

7112013_nabilapuasaauck-a

Setiap tahun, tak silap Murai Batu tak sah kalau tiada cerita atau gosip tentang kononnya ada artis tak berpuasa termasuklah ramadan kali ini. Cuma kali ini, Murai Batu tak tahulah kesahihannya. Murai Batu tak mahulah dikatakan cuba memfitnah pula, tetapi Murai Batu cuma ingin kongsi apa yang Murai Batu dapat tahu, lebih-lebih lagi kita baru sahaja masuk ke ramadan kedua.

Ceritanya begini, pelakon Nabila Huda yang kini berada di Auckland, New Zealand nampaknya disangka tidak berpuasa selepas sekeping foto yang dimuat naik ke laman Instagram pagi tadi menunjukkan dia sedang memegang minuman dan sebungkus makanan di siang hari.

Foto yang dimuat naik oleh Nabila Huda itu telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan curiga selepas ada beberapa peminatnya yang memberikan komen negatif ke laman Instagram Nabila Huda apabila menyangka pelakon itu tidak berpuasa di sana.

Namun, ada juga yang memberikan komen yang positif apabila membalas komen negatif itu dengan memberitahu gambar itu hanya lakonan sahaja. Yelah, setahu Murai Batu, Nabila ke sana pun atas urusan kerja iaitu menjalani penggambaran Drama Jodoh Itu Milik Kita.

Murai Batu pun rasa setuju juga dengan komen postif yang diberikan, mungkin ia hanya lakonan sahaja. Lagipun bukan ada bukti gambar yang Nabila sedang makan atau minum waktu siang hari di sana sejak 2 hari lalu punkan?

Malah, mungkin juga foto itu diambil sebelum bulan puasa kerana tak silap Murai Batu, Nabila sudah berada di Aukland sejak 6 hari yang lalu. Makumlah, Nabila kan antara yang aktif menggunakan laman Instgram.

Jadi, pengajaran yang Murai Batu boleh katakana disini, janganlah kita membuat andaian atau berprasangka buruk selagi ianya tidak sahih.

– Murai.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");