Jenayah

Pantang maut sebelum ajal

Keadaan kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam nahas itu yang mengakibatkan pemandu trak tunda cedera
Keadaan kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam nahas itu yang mengakibatkan pemandu trak tunda cedera

KUANTAN – Seorang lelaki nyaris maut apabila trak tunda yang dipandunya terhumban ke bawah tebing akibat terbabas apabila cuba mengelak kenderaan di hadapan dalam kejadian di Jalan Semambu di sini, semalam.

Trak itu yang sedang menunda lori muatan gula bagaimanapun tersangkut daripada terus jatuh ke bawah gaung selepas lori yang ditundanya melanggar dan ‘melekat’ pada sebatang pokok di tepi jalan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pemandu trak itu cedera dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Seorang lagi lelaki yang berada dalam kenderaan itu difahamkan turut mengalami kecederaan bagaimanapun kelindan lori gula itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kelindan terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 25 dari Kuantan berkata, dia bersama pemandu dalam perjalanan membawa muatan gula dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Menurutnya, ketika tiba di Bentong, lori itu mengalami kerosakan tangki air lalu mendapatkan khidmat lori tunda terbabit dari Kuala Lumpur untuk menunda lorinya ke sebuah bengkel di sini.

“Saya berada di atas lori yang ditunda sepanjang perjalanan sebelum dikejutkan dengan gegaran kuat.

“Saya panik apabila melihat lori tunda di depan terhuyung – hayang sebelum terbabas ke kiri lalu melanggar pokok dan jatuh ke bawah tebing manakala lori yang saya naiki terjongket dan melanggar pokok yang sama,” katanya.

Faizal berkata, lorinya yang tersangkut berjaya menghalang trak tunda itu daripada terus jatuh ke bawah gaung.

“Mungkin pemandunya membrek secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan akibat permukaan jalan yang licin selepas hujan,” katanya.

Akibat kemalangan itu, berlaku kesesakan kira-kira satu kilometer dari susur keluar Jalan Pintasan Kuantan- Semambu bagaimanapun keadaan terkawal.

 

– SINAR HARIAN –
http://www.sinarharian.com.my/pantang-maut-sebelum-ajal-1.181533

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");