Isu Panas

Pas Tidak Ada Perkara Baru Sebagai Tawaran Untuk Pengundi

abe zaihan

Kempen Pas sempena pilihan raya kecil Kuala Besut bukan sahaja dilihat tidak membina malah tidak ada tawaran baru yang boleh diketengahkan untuk kepentingan penduduk setempat.

Exco Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz berkata mereka hanya lebih kepada memutar skrip lama serta isu-isu basi selain cerita pemimpin yang tidak ada kena mengena dengan situasi di kawasan tersebut.

Justeru beliau menyeru agar pengundi menolak calon Pas dan memilih calon yang diketengahkan oleh BN yang bukan sahaja orang muda serta profesional malah mempunyai latar belakang agama dalam usaha membela kepentingan penduduk di Kuala Besut.

“Apa yang mereka mainkan setakat ini hanya putar skrip lama, mainkan isu yang dah basi dengan cerita tentang pemimpin lain yang tidak ada kena mengena di sini. Di sini kita boleh dilihat kenapa kempen mereka begitu hambar sebab calon yang mereka tawarkan selain tidak ada tawaran baru untuk rakyat Kuala Besut.

“Ini berbeza dengan calon BN yang kita tengok di kalangan orang muda. Apabila orang muda kita boleh kaitkan pertamanya dengan harapan baru, tenaga yang kuat serta kecerdasan yang lebih tinggi. Malah pengorbanan Abe Ku yang sanggup meninggalkan jawatannya demi untuk berkhimdat kepada rakyat menyerlahkan segala-galanya,” katanya.

Beliau seterusnya menambah pengundi sewajarnya memilih calon yang paling baik untuk mereka dan boleh mewakili mereka dalam menyampaikan hasrat penduduk setempat.

“Pengundi Kuala Besut perlu fikir mereka akan buat keputusan bukan hanya di sini tetapi untuk seluruh negeri Terengganu. Banyak benda yang akan tergendala dan sebagainya impaknya kepada rakyat. Bukan cerita ‘check and balace’ di sini,” ujar beliau.

– MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");