Berita Hari Ini

Pasar raya, kedai runcit digalak sertai kempen penurunan harga

hasan malekJELEBU – Kementeri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggalakkan pasar raya dan kedai runcit yang mempunyai rangkaian di seluruh negara, agar menyertai kempen penurunan harga barangan.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata pengguna dan peruncit sama-sama akan memperoleh manfaat daripada kempen tersebut.

“Pengguna dapat menjimatkan belanja… manakala peruncit dapat menarik lebih lebih ramai pengguna ke kedainya sekali gus dapat meningkatkan jumlah jualan.

“Situasi menang-menang ini juga membantu menggerakkan ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen penurunan harga di pasar mini 99 Speedmart Sdn. Bhd. di sini hari ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");