Jenayah

Pekerja Sains ditemui mati

KUALA PILAH: Seorang lelaki ditemui mati di rumahnya di Kampung Sungai Dua Kecil Seberang, dekat sini, semalam.

Mohd Radzi Md Din, 40, pekerja kontraktor Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) ditemui dalam keadaan terlentang dalam rumahnya, kira-kira 11 pagi oleh penduduk kampung yang menjenguk menerusi tingkap rumah yang terbuka.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang masih bujang dan tinggal seorang ditemui penduduk kampung sebelum polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

“Setiba di rumah berkenaan, polis mendapati pintu berkunci dari dalam sebelum polis memecahkan pintu berkenaan. Sebaik masuk ke dalam, kita mendapati, mangsa telah terbaring dalam keadaan mulutnya berdarah.

“Keadaan rumah mangsa bagaimanapun tidak berselerak, begitu juga barang-barang kepunyaan mangsa masih berada dalam keadaan baik dan tidak hilang dan dipercayai tiada unsur-unsur pergelutan berlaku,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang kecederaan meragukan pada badan mangsa, kecuali bahagian mulut berdarah.

“Hasil rekod kesihatan diperolehi, mangsa menghidap sakit jantung. Bagaimanapun, polis masih menunggu hasil bedah siasat yang akan dilakukan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN),” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");