Perak Hari Ini

Pelajar Hargai Bantuan, Ikrar Tingkat Prestasi Akademik

PERAKTODAY5

PERAKTODAY4“Impian saya untuk memiliki sebuah komputer riba akhirnya tercapai dan saya akan menggunakan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya bagi menyiapkan segala tugasan kerja kursus yang diberikan oleh guru,” demikian kata Nurul Aini Mohamad Adzar, 14, salah seorang daripada tiga penerima bantuan komputer riba sumbangan Yayasan Bina Upaya (YBU) dengan kerjasama KPerak Incorporated.

Pelajar Tingkatan 2 dari SMK Batu Lekir 10, dekat Sitiawan itu juga tidak menjangka mendapat bantuan itu dalam tempoh yang begitu singkat.

Beliau yang juga merupakan anak angkat kepada Menteri Besar Perak menerima sumbangan itu daripada Ketua Pegawai Operasi YBU, Hairul Anwar Mohamed Noor dalam satu majlis ringkas di Ipoh, hari ini.

Selain Nurul Aini, dua lagi penerima lain ialah Meor Muhammad Rahmat Meor Noor Azam dari Gopeng dan pelajar SMK (C) Shing Chung, Sungai Siput, Yee She Ting, 13.

PERAKTODAY3Sumbangan komputer riba itu yang bernilai kurang RM1,000 itu dilihat mampu meningkatkan prestasi dan pencapaian akademik ketiga-tiga pelajar itu yang dilahirkan dalam keluarga kurang berkemampuan.

Bagi She Ting pula, bantuan daripada YBU dan KPerak Inc itu amat dihargai dan beliau berjanji akan menggunakan kemudahan itu untuk meningkatkan prestasi akademik di masa akan datang.

Sementara itu, Meor Muhammad tidak ketinggalan menzahirkan rasa syukur di atas sumbangan itu, sekaligus merealisasikan impiannya untuk memiliki sebuah komputer riba.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana terpilih menerima bantuan ini dan saya akan berkongsi kemudahan ini dengan adik-beradik yang lain,” kata pelajar SMK Seri Teja, dekat Gopeng itu lagi.

Walaupun ketiga-tiga pelajar itu datang dari keluarga yang berpendapatan bawah RM1,500 sebulan, namun kemiskinan bukan penghalang buat mereka mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sekaligus melayakkan mereka mendapat sumbangan komputer riba daripada kerajaan negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");