Jenayah

Pelancong Vietnam maut ditikam

ACP Mohan Singh Tara Singh

KUALA LUMPUR: Seorang pelancong lelaki Vietnam mati dipercayai akibat ditikam pemandu pelancong rakyat tempatan di sebuah hotel di Cheras di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, suspek yang berumur 44 tahun itu dipercayai menikam mangsa berusia 23 tahun susulan pergaduhan antara mereka.

“Mereka pada mulanya bergaduh di sebuah bilik di tingkat empat hotel itu dan ini berlarutan ke tingkat satu. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan bogel di bawah tangga tingkat satu,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, polis menjumpai sebilah pisau di tempat kejadian dan suspek diberkas bersama sebilah lagi pisau di bilik tingkat empat itu.

“Ketika ditahan, suspek hanya berseluar dalam dengan beberapa kecederaan di bahagian badan,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");