Isu Panas

Pembangkang Rekod Buruk Tapi Ada Hati Pertikai SPR

spr1

Pilihan Raya Umum ke-13 telah lebih dua bulan berlalu namun pakatan pembangkang masih lagi mempertikaikan kononnya terdapat penipuan dan ketidaktelusan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman menganggap pakatan pembangkang tidak layak untuk mempertikaikan berkaitan ketelusan dan integriti yang dilaksanakan mana-mana pihak sama ada dalam kerajaan atau oleh SPR kerana antara mereka juga terselah sifat negatif.

“Lihat sendiri, sedangkan parti DAP pun sentiasa pertikai kerajaan, Barisan Nasional (BN) serta UMNO seolah-olah tidak demokrasi baik dalam soal apa sekalipun sedangkan pemilihan dalam parti mereka pun ada banyak pertikaian.

“Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada tahun lalu dianggap amat licik dan tidak bermoral seolah-olah permainan kotor yang kemudiannya dikatakan kesilapan teknikal pula dan sehingga kini masih berpanjangan,” katanya UMNO-Online.

Pemilihan CEC DAP pada 15 Disember tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

“Apa yang dilaksanakan dalam pakatan pembangkang amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh UMNO kerana parti ini lebih telus malah pemilihan yang dilaksanakan sejak dahulu lagi bersifat demokrasi.

“UMNO telah membuktikan keterbukaannya dan bersedia ditegur serta membuat perubahan berdasarkan kepada pindaan Perlembagaan parti yang memberi ruang demokrasi terbuka dengan lebih ramai ahli perwakilan di peringkat akar umbi akan menentukan pucuk pimpinan peringkat tertinggi.”

Jelasnya, dengan perubahan tersebut UMNO bukan sahaja bersedia untuk berubah tetapi menyesuaikan parti dengan generasi baru walhal pakatan pembangkang gagal membuka ketelusan dan integriti yang diperkatakan.

Keputusan pemilihan DAP tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.

Insiden itu membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong selain beberapa ahli parti membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) berikutan bimbang terdapat unsur-unsur manipulasi dalam keputusan tersebut.

– MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");