Jenayah

Pemuda maut, tiga parah motosikal bertembung

Mohamed Fauzi Abdul Rahim

KUANTAN: Seorang pemuda Orang Asli maut dan tiga lagi parah selepas motosikal ditunggangi pemuda itu terbabas selepas dipercayai cuba mengelak lembu dan bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Km15, Jalan Kuantan-Cherok Paloh dekat Pantai Sepat di sini malam tadi.

Yus Kamarul a/l Kadir, 19, berasal dari Perkampungan Orang Asli di Km14, Jalan Pekan-Kuantan maut di tempat kejadian dalam kemalangan 8 malam itu manakala rakannya Amri a/l Manan, 17, cedera parah.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata penunggang dan pembonceng sebuah lagi motosikal Shahrul Izwandy Redzuan, 23, dan Mazura Ahmad, 21, juga cedera parah dan kesemua yang parah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

“Di tempat kejadian, dipercayai mangsa cuba mengelak dari melanggar seekor lembu yang berada di atas jalan menyebabkan motosikalnya terbabas masuk laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal.

“Motosikal mangsa turut merempuh sebuah kereta jenis Perodua Viva yang berada di laluan bertentangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");