Jenayah

Pengawal keselamatan dihukum penjara 10 tahun, 10 sebatan kerana miliki ganja

MAHKAMAH

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan 10 kali terhadap seorang bekas pengawal keselamatan selepas dia mengaku bersalah memiliki ganja seberat 474 gram yang disembunyikan dalam bekas plastik dirumah keluarganya, tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari memerintahkan hukuman penjara yang perlu dijalani Kamal Ariffin Zamani, 40, bermula dari tarikh tangkapnya iaitu 6 April 2012.

Kamal Ariffin mengaku bersalah memiliki dadah tersebut tanpa kebenaran dan kuasa untuk memilikinya di Taman Kris Ijok Bestari Jaya, Kuala Selangor, pukul 1 pagi pada 6 April 2012.

Dia membuat pengakuan bersalah mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun hingga seumur hidup dan 10 sebatan rotan.

– KOSMO!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");