Berita Hari Ini

Pengharaman Merokok Sudah Memadai Tangani Shisha – Mufti Terengganu

shishha

KUALA TERENGGANU: Terengganu tidak bercadang untuk mengeluarkan fatwa berhubung penggunaan shisha kerana sudah terdapat fatwa mengenai pengharaman merokok, kata Mufti kerajaan negeri, Dr Zulkifli Muda.

Beliau berkata sudah terdapat dua fatwa mengenai pengharaman merokok seperti yang dikeluarkan sekitar 70-an dan 1995.

Zulkifli berkata shisa diletak dalam kategori rokok.

“Jika merokok sudah difatwakan haram, penggunaan shisha adalah lebih haram kerana kemudaratannya kepada pengguna mengatasi tabiat merokok,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");