Berita Hari Ini

Peniaga diminta utamakan aspek kebersihan pada bulan Ramadan

Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta para peniaga mengutamakan aspek kebersihan terutama di bazar Ramadan dan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga jualan menjelang musim perayaan ini.

Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang tidak mematuhi undang-undang termasuk di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipercatutan 2011 bagi peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya serta tidak mempamerkan tanda harga.

Di Kelantan, bagi tempoh antara 6 dan 10 Julai lepas, 30 daripada 314 premis perniagaan yang diperiksa dikenakan kompaun kerana tidak mempamerkan tanda harga bagi barangan yang dijual, katanya kepada pemberita selepas melawat Bazar Ramadan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, semalam.

Ahmad Bashah berkata, seramai 106 anggota penguatkuasa KPDNKK Kelantan digerakkan bagi membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap pengilang, pemborong, kedai runcit dan kedai makan.

Beliau meminta pengguna yang mendapati berlaku kenaikan harga barangan sewenang-wenangnya, supaya membuat aduan melalui talian bebas tol KPDNKK 1-800-886-800 atau melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip KPDNKK ADUAN butiran aduan dan hantar ke 15888.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");