Perak Hari Ini

Perak Hantar Pasukan Bantu Calon BN Hadapi PRK Kuala Besut

ZAMBRYBarisan Nasional Perak (BN) tidak ketinggalan menghantar pasukan bagi membantu calon DUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijadual berlangsung pada 24 Julai nanti.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata ADUN Kota Tampan yang juga merangkap Exco Penerangan BN negeri akan mengetuai pasukan itu.

“Negeri Perak juga akan menghantar pasukan bagi membantu calon BN yang bertanding di PRK DUN Kuala Besut yang bakal diketuai Datuk Saarani Mohamad,” katanya kepada pemberita di Ipoh selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, sebentar tadi.

Ditanya mengenai perkembangan terbaru pelajar Perak di Mesir, Zambry berkata, pihak kerajaan negeri sentiasa memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa.

“Kita memantau perkembangan pelajar kita di Mesir dan saya harap mereka semua berada dalam keadaan yang baik.

“Walaupun berlaku insiden pelajar Malaysia dirompak, saya berharap perkara ini tidak berlaku kepada pelajar Perak yang menuntut di Mesir,” katanya lagi.

Diasak soalan sama ada Perak akan membawa pulang pelajarnya berikutan faktor keselamatan yang semakin meruncing, Zambry menegaskan kerajaan negeri tidak boleh bertindak sendirian sebaliknya perlu merujuk kepada Kementerian Luar Negeri dan Wisma Putra.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");