Perak Hari Ini

Perak Kaji Beri Diskaun Bantu Bumiputera Beli Rumah Harga Tinggi

PERAKTODAY7

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri akan menjalankan kajian menyeluruh mengenai pemberian diskaun kepada Bumiputera yang akan membeli rumah yang berharga tinggi.

Katanya, kajian ini dibuat berikutan perbincangan yang diadakan sebelum ini membabitkan kerajaan Persekutuan dengan semua Ketua Menteri dan Menteri Besar.

“Setakat ini, tiada keputusan dibuat mengenai perkara ini kerana ianya masih di peringkat kajian.

“Kebiasaannya, setiap negeri menggunakan dasar berbeza dalam menentukan pemberian diskaun perumahan,” kata Zambry selepas menyampaikan sumbangan duit dan pakaian raya kepada 113 anak angkatnya di Pasar Raya Besar Mydin Meru, dekat Jelapang, kelmarin.

Tambahnya, setiap kerajaan negeri juga diminta melaksanakan kajian sebelum kerajaan Pusat mengumumkan pelaksanaan dasar tersebut secara rasmi.

“Kerajaan Persekutuan mahu kita jalankan kajian sewajarnya mengenai perkara itu dan mereka sendiri akan turut serta melakukan kajian sebelum mengumumkannya secara rasmi,” jelasnya.

Sementara itu, Zambry turut menegaskan kesan pelaksanaan pemberian diskaun perumahan di negeri ini perlu dikaji terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

“Nilai rumah di Perak sekarang bergantung kepada pasaran semasa di mana lokasi serta jumlah tingkat rumah perlu diambil kira.

“Apa saja kesan yang berkemungkinan akan timbul, kita perlu mengkaji dulu kesan perlaksanaannya dan masa juga diperlukan untuk melihat lebih mendalam perkara ini,” ujarnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");