Perak Hari Ini

Polis Sedia Bekerjasama Dengan SIAP, JPM: KPN

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) dan Jabatan Perdana Menteri sedang meneliti Prosedur Operasi Standard (SOP) lokap dan tahanan yang digunapakai di negara ini sebelum mengemukakan sebarang cadangan kepada pihak polis untuk dilaksanakan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Apabila SIAP ditubuhkan, jawatankuasa khas yang diwujudkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan perkara itu dibubarkan kerana kita mahu hanya ada satu jawatankuasa bebas untuk melihat perkara ini.

“Saya harap semua pihak dapat bersabar kerana kedua-dua pihak itu sedang melihat SOP lokap serta tahanan.

“Kita sedia memberi kerjasama sepenuhnya kerana sebagai KPN, saya sendiri tidak mahu kejadian sama berulang di mana-mana juga lokap atau kepada tahanan orang salah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita melancarkan Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah di IPD Sungai Siput, hari ini.

Mengulas penubuhan jabatan itu, Khalid menegaskan ia diharap dapat mencapai sasaran pasukan itu mengurangkan kadar jenayah secara holistik iaitu membabitkan elemen darat, air dan udara.

Enam strategi digariskan oleh jabatan berkenaan iaitu proaktif dan bersepadu, membudayakan tanggungjawab bersama, menghapuskan peluang perlakuan jenayah, menghapuskan hasrat untuk melakukan jenayah, menangani dan mengurangkan persepsi ‘fear of crime’ dan ‘consultative role’ kepada semua komuniti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");