Isu Panas
Like

PRK: Che Long akur keputusan

July 25, 2013
114 Views
0 Comments
1 minute read
PRK: Che Long akur keputusan

che long1

Calon Pas [email protected] Yusof akur dengan kekalahannya kepada calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dun Kuala Besut, semalam.

“Saya terima kekalahan ini dan kalah itu perkara biasa, kita tidak merasa pelik dengan kekalahan ini tetapi jikalau kita menang ia memang suatu yang luar biasa,” katanya yang juga dikenali sebagai Che Long, 48, pada sidang media di markas Pas PRK Kuala Besut di Kampung Baharu, di Kuala Besut.

Azlan, seorang kontraktor, menyifatkan pilihan raya ini sebagai aman dan beliau berpuas hati dengan kempen yang berlangsung selama 12 hari sejak 12 Julai lepas.

Calon Pas itu bagaimanapun tidak hadir ketika keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK, A Rahim Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut di Jerteh, dekat sini, malam tadi.

Beliau memberi alasan tidak sempat untuk menghadirinya kerana sibuk tetapi enggan mengulas lanjut.

Che Long kalah kepada Tengku Zaihan, 37, dengan majoriti 2,592 undi setelah mendapat 5,696 undi berbanding calon BN yang mendapat 8,288 undi.

Sementara itu, Pas mengakui strategi ‘Gelombang Biru’ BN lebih mantap berbanding slogan ’16-16 Terengganu Baru’ dan BN mempunyai tawaran yang tidak boleh ditolak oleh pengundi Kuala Besut berbanding tawaran Pas.

Yang Dipertua Pas kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, penduduk Kuala Besut dilihat lebih mementingkan pembangunan yang dicanangkan oleh BN.

– Bernama

Komen & Pendapat

Leave a Reply