Berita Hari Ini

Program ‘Help Home Services’ diperluas

SLIM RIVER: Program ‘Home Help Services’ akan diperluaskan ke semua daerah di Perak dalam memberi perkhidmatan sukarelawan kepada masyarakat yang memerlukan.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Rusnah Kassim berkata, program itu dilaksanakan oleh anggota sukarelawan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang terpilih dan terlatih serta berpengetahuan asas.

Menurutnya, sekurang-kurangnya 50 sukarelawan disasarkan di setiap daerah menerusi program tersebut.

“Program ini bertujuan memberi khidmat sokongan kepada warga emas dan orang kurang upaya yang tinggal bersendirian untuk melakukan kerja-kerja yang tidak dapat diuruskan oleh mereka,” katanya selepas melancarkan Program ‘Home Help Services’ dan Kembara Karisma peringkat negeri, semalam.

Mengulas Program Kembara Karisma, Rusnah berkata, ia bertujuan memberi perkhidmatan kepada golongan kurang bernasib baik dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan syarikat korporat.

“Kerjasama strategik antara sukarelawan kebajikan untuk membantu golongan sasar JKM merupakan mekanisma yang mampu meringankan beban kerajaan di samping mewujudkan masyarakat penyayang,” katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan menyediakan bantuan geran tahunan kepada pertubuhan sukarela kebajikan sebagai penghargaan dan sokongan dalam memenuhi keperluan sosial negara.

Menurutnya, kerajaan telah meluluskan peruntukan geran tahunan berjumlah RM3.1juta kepada 24 pertubuhan bagi tujuan kebajikan dan kesejahteraan hidup kumpulan sasar negeri itu.

“Pemberian geran ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam program dan menampung perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");